DOKTOR DOA & ZIKIR
Hiduplah dengan zikir dan doa kerana ia adalah penenang di dunia dan baja-baja di akhirat. Pengamal perubatan sentiasa berada dalam keadaan tegang. Tanpa sedar, kadang-kadang kita menidakkan kuasa sebenar. Kesibukan dan kekeliruan sentiasa berleluasa dalam diri, tanpa pimpinan dan gerak hati serta ilmu dariNya, kemaslahatan pesakit tergendala atau dalam bahaya. Buku ini sekadar menerapkan keperluan berdoa dan berzikir. Banyak lagi zikir atau doa yang tidak tersenarai di dalam buku ini boleh diamalkan oleh pengamal perubatan. Buku ini juga sesuai untuk panduan umum, tidak terhad untuk pengamal perubatan sahaja. Doa dan zikir yang dimuatkan adalah dianjurkan oleh Rasulullah. Moga bermanfaat.